DIPLOMA PENTADBIRAN ISLAM
R3/0414/4/0252
Diploma Pentadbiran Islam merupakan satu program pengajian yang dirangka khusus untuk melahirkan graduan yang berpengetahuan, berkemahiran serta berakhlak dalam bidang pentadbiran berteraskan ilmu-ilmu Islam. Program ini menggabungkan asas-asas syariah, pengurusan, komunikasi, pengajian al-Quran, serta kemahiran profesional bagi memenuhi keperluan semasa institusi Islam di Malaysia.
Melalui kurikulum yang seimbang antara teori dan praktikal, pelajar akan didedahkan kepada pengajian al-Quran, qiraat, dakwah, fiqh, aqidah, serta kemahiran pentadbiran seperti komunikasi organisasi, teknologi maklumat asas dan pengurusan dokumen. Penekanan turut diberikan terhadap pemupukan nilai-nilai integriti, amanah, keterampilan diri serta etika Islam yang menjadi tonggak kepada pentadbiran yang berkesan.
Program ini juga dirangka selaras dengan keperluan institusi-institusi agama, masjid, sekolah, pusat tahfiz, NGO Islam, jabatan kerajaan, dan sektor swasta yang memerlukan tenaga kerja berdaya saing, berwibawa dan memahami tuntutan pentadbiran berteraskan maqasid syariah.
SYARAT KEMASUKAN

STRUKTUR PROGRAM






PROSPEK KERJAYA
