Diploma Petadbiran Islam
R3/0414/4/0252
Diploma Pentadbiran Islam merupakan satu program pengajian yang dirangka khusus untuk melahirkan graduan yang berpengetahuan, berkemahiran serta berakhlak dalam bidang pentadbiran berteraskan ilmu-ilmu Islam. Program ini menggabungkan asas-asas syariah, pengurusan, komunikasi, pengajian al-Quran, serta kemahiran profesional bagi memenuhi keperluan semasa institusi Islam di Malaysia.
Melalui kurikulum yang seimbang antara teori dan praktikal, pelajar akan didedahkan kepada pengajian al-Quran, qiraat, dakwah, fiqh, aqidah, serta kemahiran pentadbiran seperti komunikasi organisasi, teknologi maklumat asas dan pengurusan dokumen. Penekanan turut diberikan terhadap pemupukan nilai-nilai integriti, amanah, keterampilan diri serta etika Islam yang menjadi tonggak kepada pentadbiran yang berkesan.
Program ini juga dirangka selaras dengan keperluan institusi-institusi agama, masjid, sekolah, pusat tahfiz, NGO Islam, jabatan kerajaan, dan sektor swasta yang memerlukan tenaga kerja berdaya saing, berwibawa dan memahami tuntutan pentadbiran berteraskan maqasid syariah.
SYARAT KEMASUKAN
LULUS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan 3 kredit DAN LULUS satu mata pelajaran Bahasa Arab atau Pengajian Islam ATAU;
Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia
STRUKTUR PROGRAM
Semester 1
Pengajian Malaysia
Pengajian Islam
Kemahiran Bahasa Inggeris 1
Bahasa Arab 1
Tilawah Al-Quran 1
Ulum Al-Quran dan Ulum Al-Hadith
Fiqh Muamalat
Semester 2
Bahasa Arab 2
Kemahiran Bahasa Inggeris 2
Pengenalan kepada Kewangan Islam
Pengenalan kepada Teknologi Maklumat
Fiqh Ibadat
Usul Fiqh
Asas Ekonomi
Semester 3
Bahasa Arab 3
Bahasa Inggeris untuk Tujuan Khusus 1
Kaedah Fiqh
Pentadbiran Awam
Prinsip Pengurusan
Aqidah dan Akhlak
Kokurikulum
Semester 4
Pengenalan kepada Gelagat Organisasi
Prinsip Pengurusan Islam
Pengurusan Prinsip-prinsip Islam
Perakaunan Kewangan
Bahasa Arab 4
Bahasa Inggeris untuk Tujuan Khusus 2
Semester 5
Prinsip dan Amalan Komunikasi
Kaedah Penyelidikan
Komunikasi Perniagaan
Hadis
Elektif (pilihan pelajar)
Semester 6
Praktikal
Tafsir
Pengurusan Aset Islam
Hal Ehwal Pengurusan Islam di Malaysia
Elektif – Pengurusan Perbankan Islam
Senarai Subjek Elektif
Pelajar boleh memilih elektif seperti berikut:
Pemakanan dalam Islam
Pengurusan Perbankan Islam
Komunikasi Islam
Pengucapan Awam
Pengenalan Psikologi Islam
Undang-undang Perniagaan
PROSPEK KERJAYA
- Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam
- Penolong Pegawai Tadbir