Ijazah Sarjana Muda Perbankan Dan Kewangan Islam

R2/0413/6/0008

Ijazah Sarjana Muda Perbankan dan Kewangan Islam merupakan program pengajian yang menekankan pemahaman komprehensif terhadap sistem kewangan berasaskan Syariah, merangkumi perbankan, pelaburan, takaful, pengurusan risiko serta instrumen kewangan Islam moden. Program ini memadukan teori ekonomi dan kewangan konvensional dengan prinsip-prinsip fiqh muamalat seperti riba, gharar, maslahah, akad, dan nilai-nilai Maqasid Syariah bagi melahirkan graduan yang beretika, berkompeten dan mampu mengurus operasi kewangan Islam secara profesional.

Melalui pendekatan analitikal dan praktikal, pelajar dilengkapi kemahiran dalam analisis kewangan, pengurusan portfolio patuh Syariah, kawal selia institusi kewangan Islam, serta pemahaman terhadap isu semasa dalam industri halal, fintech Islam dan keusahawanan sosial. Graduan program ini bersedia untuk berkhidmat dalam sektor perbankan Islam, institusi kewangan, agensi kerajaan, syarikat pelaburan, takaful, zakat, wakaf dan pelbagai organisasi yang memerlukan kepakaran dalam kewangan Islam.

SYARAT KEMASUKAN

  1. Lulusan Matrikulasi atau Asasi Bertauliah dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.00; DAN LULUS Matematik peringkat SPM; ATAU

  2. LULUS STPM atau setaraf dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.00 (Gred C) dalam dua (2) mata pelajaran DAN LULUS Matematik peringkat SPM; ATAU

  3. LULUS Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang-kurangnya gred JAYYID; ATAU

  4. Diploma dalam bidang Muamalat Islam atau setaraf dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.50; ATAU

  5. Diploma dalam bidang lain dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.50.

Calon yang memperoleh PNGK kurang daripada 2.50 tetapi melebihi 2.00 juga layak dipertimbangkan tertakluk kepada proses penilaian dalaman.

STRUKTUR PROGRAM

Semester 1

 

Hubungan Etnik

Tilawah al-Quran

English for Communication

Sejarah Perundangan Islam

Prinsip Kewangan Islam

Ekonomi Islam

Aqidah

Teknologi Maklumat

 

Semester 2

 

TITAS

Bahasa Arab Asas

Academic Writing

Teori Perundangan Islam

Akhlak

Matematik Perniagaan

Sistem Kewangan Islam

Psikologi dari Perspektif Islam

 

Semester 3

 

Bahasa Arab Lanjutan

Kaedah Fiqh

Pengurusan Harta dalam Islam

Metodologi Perundangan Islam

Asas Perakaunan

Aplikasi Transaksi Kewangan Islam

Fiqh Ibadah

Keterlibatan Komuniti

 

Semester 4

 

Objektif Perundangan Islam

Sistem dan Produk Perbankan Islam

Ekonomi Malaysia

Statistik

Maqasid Syar’iyyah dalam Kewangan dan Perbankan

Operasi Perbankan Islam

Pemasaran Perbankan Islam

Elektif (II)

 

Semester 5

 

Kaedah Penyelesaian Masalah

Elektif (I)

Pasaran Kewangan Islam di Malaysia

Kaedah Penyelidikan untuk Produk Perbankan Islam

Sistem Takaful

Perbankan Islam dalam Institusi Kewangan dan Perbankan

 

Semester 6

 

Kaedah Fiqh dalam Kewangan dan Perbankan

Pengurusan Risiko

Audit Syariah dalam Kewangan dan Perbankan Islam

Institusi dan Aspek Perundangan dalam Kewangan dan Perbankan

Elektif (II)

 

Semester 7

 

Latihan Industri

Senarai Elektif

Elektif (I)

Culture and Heritage

Seminar Perniagaan di Malaysia

Perkembangan Kerjaya

 

Elektif (II)

Pengurusan Sumber Manusia untuk Produk Perbankan Islam

Pemasaran Perbankan Islam

Pengurusan Dana

Perancangan dan Pengurusan Kewangan Islam

Kewangan Antarabangsa

Pengurusan Perbankan

Seminar Kewangan

PROSPEK KERJAYA

  • Pegawai Perbankan & Kewangan

  • Pegawai Pentadbiran