IJAZAH SARJANA MUDA SYARIAH DENGAN KEPUJIAN
(N/0224/6/0030) 05/26 (MQA/FA 14137)
Ijazah Sarjana Muda Syariah Dengan Kepujian merupakan program pengajian yang menekankan pemahaman mendalam terhadap disiplin hukum Islam yang bersumberkan al-Quran, al-Sunnah, ijmak dan qiyas, serta perbahasan turath seperti usul al-fiqh, qawa‘id fiqhiyyah, maqasid al-shari‘ah, al-‘illah, istihsan, maslahah mursalah dan siyasah shar‘iyyah.
Program ini dirangka untuk melahirkan graduan yang mampu menganalisis isu-isu semasa secara kritis melalui gabungan metodologi klasik (turath) dan pendekatan fiqh kontemporari, termasuk perbahasan fiqh al-waqi‘, fiqh al-mu‘amalat al-mu‘asir, fiqh al-bii’ah (fiqh alam sekitar), fiqh al-qadaya al-mu‘asirah, serta aplikasi hukum dalam konteks sosial moden.
Pelajar juga didedahkan dengan kaedah penyelidikan Syariah, analisis fatwa semasa, perundangan Islam, pentadbiran kehakiman, serta isu-isu persijilan halal hubungan antara Syariah dan undang-undang sivil.
Dengan gabungan kefahaman teori dan kemahiran praktikal, graduan program ini berupaya mengaplikasikan prinsip hukum Islam dalam pentadbiran institusi, penggubalan dasar, penyelidikan hukum, pengurusan fatwa, pendidikan serta pengurusan isu-isu semasa ummah dengan berpaksikan nilai amanah, hikmah, dan ijtihad yang berdisiplin.
SYARAT KEMASUKAN

STRUKTUR PROGRAM












PROSPEK KERJAYA
