Diploma Syariah Islamiah

R3/221/4/0050A
Diploma Syariah Islamiyyah ialah satu program pengajian yang menumpukan kepada pemahaman asas dan pertengahan tentang al-Sharī‘ah (الشريعة), iaitu sistem hukum dan panduan hidup dalam Islam. Program ini memberi penekanan kepada kajian al-Fiqh (الفقه) dan Uṣūl al-Fiqh (أصول الفقه), iaitu kefahaman mendalam mengenai hukum-hakam serta metodologi mengistinbat hukum berdasarkan al-Qur’ān dan al-Sunnah.
Selain itu, pelajar turut diperkenalkan kepada bidang al-Qaḍā’ wa al-Qānūn (القضاء والقانون), al-Muʿāmalāt (المعاملات), dan al-ʿAqīdah (العقيدة) bagi melahirkan individu yang berkeupayaan memahami, menganalisis serta mengaplikasikan hukum Islam dalam konteks semasa.
Program ini sesuai bagi mereka yang berminat untuk mendalami ilmu agama secara sistematik, sama ada untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi atau untuk memenuhi keperluan kerjaya dalam institusi agama, pendidikan, pentadbiran Syariah, dan khidmat masyarakat.

SYARAT KEMASUKAN

STRUKTUR PROGRAM

PROSPEK KERJAYA